TERKINI

Saturday, November 10, 2007

Bidang Tugasan Pimpinan DPMZ

Badan Penasihat

1. Memberi tunjuk ajar,pandangan, serta bimbingan untuk kepentingan DPM selari
dengan tujuan dan matlamat kewujudannnya.
2. Menjadi tempat rujukan ahli dan AJKT dalam menyelesaikan masalah peribadi atau masalah DPM
3. Tidak
boleh memaksa dan menentukan setiap keputusan DPM.

Ahli Jawatankuasa Tadbir

Pengerusi(Ketua Unit Perhubungan Luar dan Pengerusi HEWI DPM)

1. Mempengerusikan setiap Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir DPM.
2. Mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar.
3. Bertanggungjawab ke atas perjalanan DPM dan hubungan dengan pihak keselamatan Mesir.
4. Menggunakan budi bicaranya dalam memutuskan sebarang masalah yang

memerlukan keputusan segera.
5. Berhak menghadiri mana-mana mesyuarat Ahli Jawatankuasa Unit.
6. Bertanggungjawab memimpin Unit Hewi serta mengawasi perjalanannnya.
7. Bekerjasama dengan PMRAM.


Timbalan Pengerusi(Unit Perancang & Panitia)

1. Membantu kerja-kerja Pengerusi.
2. Memangku jawatan pengerusi secara langsung semasa perletakan jawatan.
3. Bertanggungjawab terhadap seliaan tugasan dan portfolio unit-unit lain dalam DPM.
4. Menyelia , menyusun dan menghantar taqwim tahunan kepada Ketua Lajnah Perancang dan Panitia PMRAM
5. Bekerjasama dengan PMRAM.


Setiausaha Agung

1. Mengendalikan urusan rasmi DPM.
2. Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat rasmi DPM.
3. Mencatat dan menyimpan minit mesyuarat AJKT.
4. Menyediakan agenda Mesyuarat Agung Tahunan dan laporan aktiviti untuk

dibentangkan dalam Mesyuaarat Agung Tahunan.
5. Memangku jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi ketika keuzuran kedua-duanya.
6. Bekerjasama dengan PMRAM.


Timbalan Setiausaha Agung (Unit Kebajikan dan Kemanusiaan)

1. Membantu kerja-kerja Setiausaha Agung.
2. Memangku jawatan Setiausaha Agung ketika keuzurannya.
3. Berusaha memberi khidmat kebajikan kepada anggota.
4. Mengadakan tabung kebajikan bagi DPM masing-masing.
5. Menyambut dan menyediakan jamuan tetamu khas DPM.
6. Menguruskan keahlian DPM
7. Bekerjasama dengan PMRAM.


Bendahari Agung (Unit Ekonomi)

1. Bertanggungjawab terhadap semua urusan kewangan DPM.
2. Bertanggungjawab mengutip yuran PMRAM dan DPM
3. Berusaha menambah kewangan DPM
4. Bertanggunjawab terhadap pengurusan kedai DPM
5. Menyediakan laporan kewangan dan anggaran belanjawan tahunan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
6. Menandatangani bersama Pengerusi berhubung dengan setiap pengeluaran wang.
7. Bekerjasama dengan PMRAM.

Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan

1. Menyelaras dan menyelia muzakarah berkelompok DPM.
2. Menyusun dan mengadakan program yang berkaitan dengan hari-hari bersejarah

dalam Islam.
3. Mengeluarkan risalah dan majalah yang berkaitan dengan dakwah dan tarbiah.
4. Mengadakan nadwah bersiri kepada mahasiswa/wi baru.
5. Menyelenggara program-program pengisian jiwa dan tarbiah.
6. Bekerjasama dengan PMRAM.


Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan

1. Menguruskan setiap permasalahan yang berlaku di imigresen dan kuliah.
2. Membantu meningkatkan akademik ahli-ahli DPM.
3. Mengadakan forum,seminar,dan sebagainya untuk meningkatkan thaqafah ahli.
4. Bekerjasama dengan PMRAM.


Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan

1. Menerbitkan risalah atau Suara Kampus edisi DPM.
2. Menjadi lidah rasmi DPM.
3. Menyusun dan mengadakan program yang berkaitan dengan penerangan dan penerbitan.
4. Bekerjasama dengan PMRAM.


Ketua Unit Perumahan

1. Mengendalikan perjalanan markaz dan rumah DPM.
2. Berusaha mengatasi masalah penempatan ahli.
3. Menjaga harta benda dan kebersihan markaz.
4. Memberi kemudahan tempat tinggal sementara kepada tetamu-tetamu DPM.
5. Menyediakan rumah atau tempat tinggal untuk mahasiswa/wi baru.
6. Mengutip yuran perumahan DPM.
7. Bekerjasama dengan PMRAM.


Ketua Unit Sambutan dan Rehlah

1. Menyusun program aktiviti dan khidmat sosial dikalangan ahli.
2. Mengatur rehlah dan lawatan berdasarkan ketetapan dan keizinan PMRAM.
3. Menyambut dan menyediakan jamuan untuk tetamu khas DPM
4. Bekerjasama dengan PMRAM.


Ketua Unit Kebudayaan,Kesenian dan Sukan

1. Mengadakan pertandingan-pertandingan sukan untuk ahli-ahli DPM
2. Menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian Islam untuk ahli-ahli DPM.
3. Bekerjasama dengan PMRAM.

0 comments: